Friday, December 26, 2014

i love my gals

Assalamualaikum.


Sabar, baru nak mula tulis ni. Pernah aku kata dulu.

"Aku sayang kawan kawan lelaki aku. Dan aku rasa kawan perempuan ni leceh." 
Haha.

Kalau aku jadi kawan perempuan kepada diri aku sendiri. Lepas aku baca benda ni mesti aku mental. Dan aku mungkin akan 'lantak kau la hidup kau. mati sana dengan kawan lelaki kau tu. tak sedar diri. lahanat'. kan kawan perempuan aku?

Maaf kalian sumpah maaf. Waktu aku kata benda tu aku tengah ada konflik dengan budak perempuan. Tu pasal noobnya diri ni tak dapat dikawal. Serius lah ni. Sebab kawan perempuan :

-aku jadi kuat
-aku boleh peluk kalau nangis
-faham lawak mental aku
-tak ada had
-dunia akhirat
-banyak banyak banyak lagi yang tak ada dekat kawan lelaki

Dan aku nak kata kat sini kawan lelaki ni kadang kadang macam gampang jugaa. kan? Nak kawan dengan lelaki ni kena hati kering, kena tahan lawak kasar, kena sabar dengan perangai macam anjing. Perempuan tak. kan kan kan. Perempuan ni lek lek je. Gaduh sikit. Merajuk. Lepas setengah jam dah main peluk peluk. Setiap kali jumpa nak laga laga pipi. Kalau annoyed boleh cubit gigit lantak kau nak buat apa.

Kawan perempuan itu aku bawak sampai syurga,
Kawan perempuan tiada gantinya.
Tak kira umur kau berapa. Kau perempuan, kita boleh sembang automatik kawan aku.
Aku sayang nak mati tak tipu.

Nak pergi buat addmath ni kikiki. Kesimpulan dia, kawan perempuan lelaki semua aku sayang aku cinta. Dah habis. Boleh tekan button close.

Besar lagi

Assalamualaikum.


Noobers.
Sepertinya tahun depan spm dan sepertinya hidayah belum sampai. Hidayah untuk aku menghadap buku. Masih lagi menghadap benda sama. Setiap hari rasa benda sama. Form 5 ramai nasihat cuti ni jangan tak study. Tolong study tingkatan 4 punya. Serius aku tak tahu apa nak jadi. Penat nasihat diri takguna ni.

Bantu aku YA ALLAH 
Aku memang doa dan terus doa. Usaha? macam haram. Aku harap tahun depan miracle could happend. Aku nak berubah totally berubah. Please. Aku nak berjaya gak. Orang dok kata aku boleh aku pandai and so on tapi orang tak pernah faham apa aku rasa, That's it. Tak pernah faham kalau aku kata aku tak yakin. Aku yakin Allah dengar. Aku yakin tuhan aku ada. Aku harap yang baik baik. Aku tak nak hampakan ibu bapa. Itu je.

Kalau aku kata kenapa kita kena membesar dah macam tak redha dengan ketentuan pula. The world never stop spinning,age keeps increasing and definitely more and more sins recieved. Semakin umur aku bertambah semakin aku tak seronok. Mungkin sebab semakin aku kenang dosa, semakin aku fikir cabaran dunia. Ada baiknya dan ada baiknya aku beralah mengalah dan diam. Lihat permainan dunia. Fikir kehendak dunia. Lawan kesenangan dunia. Tumpukan akhirat sama. Ilmu agama dah la tak seberapa. Baca quran pun sangkut ada hati nak masuk syurga. Benda ni aku fikir tapi tak consistent. Aku fikir tapi tetap dengan kelakuan jahil. Bodoh kan? Aku fikir, tapi tak mula apa apa tindakkan. Nak menyesal dulu baru nak rasa diri ni paling bodoh dalam alam semesta ke apa. Apa nak jadi wahai diri?

Semakin hari semakin boleh fikir semakin matang. Suatu hari mungkin aku berubah mungkin bukan aku yang sekarang. Aku harap berubah kearah kebaikan. Aku harap kenalan terus bagi sokongan. Nak hidup seorang rasa tak mampu. Tapi kesian jugak dekat kawan kawan dapat aku yang jahil. Aku yang perlu banyak sokongan. Padan. Aku harapkan nasihat kata kata perangsang buat aku bangun.

Sekolah lagi berapa hari dengan kerja sekolah berguni. Padanlah diri tak tidur lepasni. Aku tak pernah rasa cuti sekejap macam ni. Sekolah tahun depan aku rasa target dua je. Nak straight A+ dan nak orang kenal aku nampak aku. Berdosakah aku? Yang baiklah. Nak juga orang tahu wujudnya aku dalam dunia ni. Mungkin tahun depan. Tahun aku tahun depan. Dengan bantuan tuhan tak mustahil aku boleh. kan? Penat jadi lemah. Penat dihina diperlekeh. Kasi can la aku bangkit okeh.

Tahu tak sepatutnya sekarang aku kena buat apa? Kena solat isyak pastu buat homework. Dasar mak enon. Bila nak buat homework lah rasa nak update blog rasa nak basuh kereta basuh pinggan cat rumah lap tingkap. CAM HARAM.

Jangan jadi macam aku.


Thursday, December 4, 2014

nak apa lagi ha

Assalamualaikum.

haih memang hidup ni post blog setahun sekali. This is my last year of 16 years old. Tahun depan gua spm lepas tu boleh kahwin. Yeah, haha. Aku tak tahulah apa point ada blog untuk aku dan yang sebaya dengan aku. Kalau blogger kental yang famous nokharom tu lantak lah, Ni budak baru nak kenal dunia baru nak up macam aku. dan kawan kawan aku. Sekarang aku tengok blog kawan kawan aku yang lain semua sama je reput jugak kena makan anai anai. Aku hairan macam mana orang boleh famous. Tapi aku tak heran pun sebab i'm not born to be famous. herm, susah fame ni susah.

Apa aku lihat lagi pasal blog ni semua kawan kawan aku duk cerita kisah hidup dia tak sudah.. Nak bhai orang baca. Aku pun taknak. Setakat baca tajuk je layan lah. Aku ni entahlah nak cerita kisah hidup dekat manusia pun hidup seorang. Manusia semua sama kan ada kehendak sendiri. Yang paling aku sayang lepas parents aku family aku ialah kawan. Dan terlampau clishe hidup ni nak sayang kawan. Kawan yang kutuk belakang tikam belakang itu pun kau terpaksa sayang. Sebab apa. Sebab masih kawan. Sumpah aku kata aku bersyukur dengan diri aku sebab pandai berkawan. Itu apa yang aku rasa, Dan aku sayang kawan kawan lelaki aku. Dan aku rasa kawan perempuan ni leceh.

Haha. fine aku sayang juga kawan perempuan aku kenot deny it. Tapi kalau dah perangai serupa haram asik nak merajuk je tolong lah aku tenshion juga. Aku ada limit juga, Aku boleh sabar aku harap kau usaha untuk sabar. Alhamdulillah aku ada prinsip hidup baru, Prinsip yang dah lama aku cari. Nabi Muhammad kata jangan marah, Apa pun jadi jangan marah, Selama 16 tahun aku hidup baru aku nampak jalan kebenaran. Baru nampak je, moga kekal. Tolonglah pegang prinsip ni kuat kuat.

And then aku rasa selesa dengan lelaki. Again. Padahal budak lelaki dah tak larat nak tengok muka hodoh aku ni kakakaka. Sebab lelaki ni cool. Yeke? Aku malas nak ada hubungan gampreng dengan mana mana lelaki. Aku kecik lagi lah nak mati ke layan aku macam ni?Lagi lagi ajak aku keluar. Nokharom perangai. Aku geli berdua dengan lelaki yang aku tak anggap brother, Sumpah. Jangan sampai aku benci. Nak kawan boleh slowslow. Prinsip lagi satu wat yu gif yu get bek. Ni pun siot juga selalu buat aku rasa bersalah nak buat jahat. Sabarjela.

Aku malas dah nak taip dah. nantilah k bye muah